Alam Sekitar INASIS SME Bank, Bukit Kachi UUM

Tuesday, November 29, 2016

This entry is for academic purpose of course subject  SBLM 1023 INTRODUCTION TO WRITING Session A161 2016/2017

Sebagai seorang penuntut ijazah sarjana muda, saya amat menghargai bahawa segala yang saya miliki serta nikmati di Universiti Utara Malaysia - 'Universiti di Rimba Hijau'. Kampus saya ialah kampus utama UUM iaitu Sintok, Kedah. Dengan itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk mendedahkan sedikit sebanyak persekitaran di sini khususnya, tempat penginapan saya ataupun dikenali sebagai Inapan Siswa (INASIS) oleh warga UUM.

Sebagai salah seorang pelajar akhir semester di UUM, saya telah menginap di INASIS SME BANK sebanyak tujuh semester sejak hari pertama pendaftaran. Bergabung dengan INASIS BANK RAKYAT, kedua-kedua INASIS ini bertempat di Bukit Kachi yang berjarak tiga kilometer dari kampus. Walaubagaimanapun, pihak universiti menyediakan kemudahan bas ulang-alik kepada penginap-penginap Bukit Kachi.

Penduduk Bukit Kachi boleh dikatakan amat syukur disebabkan suhu di sini adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang menginap di INASIS dalam kampus. Pada musim hujan, suhu terendah boleh mencapai sehingga 25 darjah celsius. Oleh itu, penduduk Bukit Kachi juga menamakan tempat ini sebagai 'Kachi Highland'.

Selamat Datang ke INASIS SME BANK!

Padang Bukit Kachi. Kelihatannya landskap dikelilingi oleh bukit bukau.

Gelenggang badminton yang merupakan salah satu tempat yang selalu dipenuhi oleh siswa siswi.


Kemudahan gim juga disediakan supaya siswa siswi mengekalkan badan yang sihat dalam menampung akademik mereka.


Salah satu sudut istirahat yang begitu menghampiri dengan alam sekitar.

Pemandangan INASIS SME BANK dari sudut aras tiga Block E.

Tempat meletak kenderaan kepada siswa-siswi yang mempunyai kenderaan sendiri.
Lapangan ini juga pernah digunakan dalam pertunjukan latihan kebakaran ('Firedrill')


Kebelakangan ini, rakan-rakan sekursus saya berjaya menganjurkan makan malam barbeku bersama-sama. Gambar ini menunjukkan sesetengah yang bertanggungjawab dalam memasak ayam barbeku.


Tidak lupa juga sekeping foto yang menyatukan rakan-rakan sekursus saya.


Bagaimana pula dengan pemandangan INASIS SME BANK pada waktu malam?

Penghargaan diucapkan kepada seorang kawan dalam membantu mengambil gambar persekitaran di blok siswa yang ditunjukkan seterusnya.


Dengan kesan lampu pada waktu malam, landskap yang begitu cantik dan amat sesuai untuk fotografi! 


Gelanggang bola keranjang memberi peluang kepada siswa siswi agar cergas dalam sukan.

Gelanggang fustal yang selalu dipenuhi oleh siswa pada waktu malam terutamanya pada hari hujung.

Salah satu sudut istirahat di luar blok siswa. Ia amat sesuai untuk bersembang dengan rakan-rakan sambil menikmati angin sejuk.


Seperti yang lain, walaupun saya pernah merungut terhadap penginapan, malah atas kesesuaian diri yang agak kuat, kini saya semakin menghargai apa-apa yang terdapat di sini. Saya syukur bahawa kemudahan penginapan yang disediakan amat lengkap bagi keperluan siswa siswi. Akhir kata, saya amat menghargai masa saya yang tertinggal sebulan sahaja sebagai salah satu penginap INASIS SME BANK. Semoga siswa siswi yang bakal menginap pada masa hadapan dapat melibatkan dalam mengembangkan kemudahan INASIS SME BANK sementara penginapan di sana.


Semoga anda mempunyai pembacaan yang menyeronok. Terima Kasih.

You Might Also Like

0 comments

instagram ( @mableseah )

Follow by Email

stay connected with me

Total Pageviews